Tuesday, December 26, 2023

Kad Setem 0001

 Kad setem


Setem 6 sen ini menunjukkan penoreh getah sedang menoreh getah "tapping rubber" yang merupakan pekerjaan utama pada waktu itu di Persekutuan Malaya. 

Nota:
Sila klik pada gambar untuk mendapatkan image yang lebih jelas.
Terima kasih.

Terma Overprint

OVERPRINT


Overprint adalah cop yang dicap pada permukaan setem atas sebab-sebab tertentu. Cop ini kebiasannya merupakan perkataan dan selalu ditemui dalam warna hitam.

Overprint ini dibuat kerana tujuan tertentu dan lazimnya untuk menukar atau menambah nilai setem kerana kekurangan setem yang berlaku di pejabat pos. Situasi ini sering berlaku pada tahun 1900.

Tujuan lain overprint ini adalah untuk membuat hebahan pertukaran pemerintahan sesuatu negara. Mengambil contoh, penjajahan Jepun di Malaya, semua setem Malaya dicop "overprint" dengan tulisan dan karakter Jepun.

Semasa Malaya ditadbir oleh tentera British selepas penjajahan komunis, setem Malaya dicop dengan overprint BMA iaitu singkat "British Military Administration".