Friday, March 11, 2022

16 September 1963 | Penubuhan Malaysia

Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 16 September 1963 dan ianya telah melibatkan gabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah).

Ianya bermula dengan ucapan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di depan Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961. Dalam ucapannya, beliau telah membayangkan penubuhan sebuah negara yang melibatkan gabungan negeri-negeri tersebut.

Pembentukan Malaysia ini bertujuan untuk menyeimbangkan populasi kaum yang berada di Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Persekutuan Tanah Melayu mempunyai majoriti penduduk kaum Melayu diikuti Cina, India dan lain-lain manakala di Singapura pula, jumlah kaum Cina begitu ramai dan tindakan Tunku membawa Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei untuk membentuk Malaysia itu juga sedikit sebanyak menyeimbangkan populasi kaum yang ada di Malaysia di mana kebanyakan penduduk di sana adalah kaum Bumiputera yang terdiri dari etnik Iban, Kadazan, Muru, Bajau dan lain-lain lagi.

Idea penubuhan ini dibantu oleh Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Mohamed Ghazali Shafie dan Encik H. Harris selaku setiausaha.

Pos Malaysia telah mengeluar 3 siri setem sempena penubuhan Malaysia ini pada hari ini tahun 1963.




No comments:

Post a Comment